Seperti biasa, pagi yang hening ini aku cemari dengan dengkuran tidur yang aku rasakan tak pernah cukup. Bangkitnya selepas azan subuh, tepat pada jam Sembilan pagi. Safrey, rakan sekerja aku dah terpacak depan rumah menunggu aku. “Sap, kau pegi punch card dulu k? setengah jam lagi baru kau ambik aku boleh?” aku buat Safrey macam driver aku, sesuka hati aku je mengarahkan dia macam tu. “Ok Zul, kau dah siap kau mesej aku je la senang.. nanti aku datang.” Dan Safrey memang selalu menurut permintaan aku, jarang sekali dia menghampakan aku. Terlalu menjaga hati kawan dia ni. “Thanks Sap, nanti aku mesej kau, k, kalau ada orang carik aku kau cakap je la aku pegi bank ke..” Sempat lagi mintak tolong Sap cover kan line untuk aku tu. Dan Safrey Cuma mengangguk tanda setuju.
Macam biasa, waktu aku mengelamun adalah waktu mandi. Aku tak pasti kenapa tapi fikiran aku mudah kembali ke masa silam pada waktu mandi, waktu dimana setiap butiran air mencurahi dari muka aku hingga ke hujung jari kaki aku. Pelbagai perkara akan berputar dalam kepala otak aku. Dan diantaranya adalah dia. Ya, dia yang pernah menjadi raja dalam hati aku, yang begitu meninggalkan kesan dalam hidup aku. “Ah, pergi mampus…” aku menipu diri dengan berlagak samseng untuk ke berapa ratus juta kali pun aku tak pasti… sambil mengeringkan tubuh dengan tuala mandi, aku mula terfikir tentang kerja pula, kali ni fikiran aku dah balik ke tahun 2012, tahun permulaan semula zaman gelap aku.
Kerja aku boleh dikategorikan sebagai kerja yang santai. Boleh juga jadi heavy. Aku selalu ikut lori keluar hantar barang dengan Safrey. Menjadikan aku khayal dan lupa pada masa yang berlalu, sekaligus membuatkan aku lebih focus pada pekerjaan. Namun bukan selalu aku dapat rasakan macam tu. Santai aku boleh berakhir sekelip mata je. Ye la, aku bukan sekadar deliverymen, malahan, kerani, storekeeper, customer service, technician, pun aku kene buat. Macam mana pun aku tetap bersyukur, kerana setiap bulan, aku akan ada motif dan tujuan untuk ke bank. Tak la besar mana, tapi aku lepas lagi la nak buat jalani hidup. Kira okay la tu kan?
-Bersambung…
Kaum lelaki adalah kaum yang berimpian tinggi. ada masanya, mereka sedar impian mereka adalah sesuatu yang sangat mustahil, namun masih tetap jua meletakkan harapan pada impian itu. Didorong oleh sifat khalifah semulajadi pada diri, kaum ini mudah berjuang tanpa memahami dasar perjuangan lebih mendalam, malahan ada yang “terkorban” tanpa sebab yang munasabah. mereka tidak wajar digelar bodoh atau buta tuli, kerana mereka juga adalah segolongan manusia yang tidak lengkap. maka itu mereka sering dikaitkan dengan bahasa diri yang dipanggil egois. Hanya kerana mereka sering meletakkan maruah mereka sekali pada sesuatu perjuangan yang mereka perjuangkan. Tak kira dari segi politik, Cinta, mahupun agama. Sayang sekali, tak ramai yang mampu menundukkan keegoan mereka pada perjuangan mereka. dan mereka lebih gemar terkorban mempertahankan pendirian basah, dari duduk semeja dan bersependapat. Buktinya? Tiada lagi negara Islam yang benar2 bersatu pada masa kini. Pasangan lelaki akan lebih menderita bila ditinggalkan pasangan wanitanya, dan terdapat ramai ulama’ yang berbeza pendapat dari segi hukum. dan mangsanya?
manusia-manusia lain yang keliru.
Meniti suratan,
atau sebuah rancangan?
aku dan engkau lebih tahu,
tentang apa yang pernah kita lalu,
untuk disetiap jalan dan liku,
bila tiba satu waktu,
aku kau biar membatu,
dan kau pula berlalu.
Meniti suratan,
Atau sebuah kebetulan?
Kau sering risaukan,
akan sebuah pengakhiran,
antara kita bagai tiada jalan,
berdiri di persimpangan,
kau ke kiri dan aku ke kanan,
nyata ini suratan,
dan juga bukti ketidaksefahaman.
meniti suratan,
atau membiarkan?
lantas engkau meninggalkan,
dan aku membiar pemerigian,
mungkin ini satu kebetulan,
yang membawa kepada kejahilan,
juga kepada kebaikan,
itu bukan kita yang putuskan.
mungkin tersembunyi kedamaian,
antara kita punya berjuta jalan,
berdiri mati atau terus berjalan,
ya, itu sebuah pilihan.
Maka biarkan.
Antara aku dan sebuah keputusan,
Antara engkau dengan pendirian,
dan kita tetap akan teruskan,
bersama jalan pilihan,
Dan barangkali inilah ketentuan..
bila hatimati berbunga lagi,
ditanya diri apakah ia pasti?
sebuah harapan mengisi hati,
atau sekadar persinggahan dikala sunyi?
bila hatimati berbunga lagi,
ditanya diri apakah ia kuntuman sejati?
atau sekadar mengisi racun dibalik seri,
menyanyi kembali melodi sepi,
di sudut hatimati,
aku duduk sepi,
menunduk kepala,
bercangkung sahaja,
memeluk kaki,
memeluk memori,
berisi hati,
tinggalan si mati.
hitam hati,
tak mesti hitam peri,
merah jiwa,
bukan semua manis rasa.